Sophia Pakih Muda (meninggal 1949) adalah isteri kepada pejuang
Rejimen Askar Melayu Adnan bin Saidi yang maut ketika menentang tentera Jepun di
Bukit Candu,
Singapura. Sophia sekampung dengan Adnan di Kampung Sungai Ramal, Kajang,
Selangor, merupakan seorang guru.
[1]Sophia berkahwin dengan Lt. Adnan Saidi pada 1937 setelah kembalinya Adnan dari
London,
[2] dan mendapat tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin (yang tinggal di
Seremban dan
Johor), dan seorang anak perempuan.
[1]Pada akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di
Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di
Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga
Rejimen Askar Melayu.Apabila berita peperangan
Perang Dunia II semakin hampir, dan pihak
Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, Lt. Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di
Kajang. Ini merupakan masa yang getir bagi Lt. Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama, dan Adnan tidak sempat berjumpa dengan bayi perempuannya yang meninggal sejurus selepas kejatuhan
Singapura.
[2]